Hello. So today aku nak sambung cerita menjejakkan kaki di UMK. Tapi post ni banyak gambar sikit, korang suka kan graphic ni? Haha. So aku daftar, 1 September 2014 di Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Jeli. Masa tu dapat Blok B, Aras 1, Bilik 14. So masa nak daftar tu kan kena beratur tau, aku beratur depan sorang minah ni, then macam mana entah, aku tegur dia kot, then dia tengok belakang dia jeling aku. I was like, ha sudah. Hahaha. So aku macam takpelah, then bila dah daftar and dapat bilik, rupanya sebilik. Sobs. Then lepas masuk bilik tu apa semua, aku tanya dia kenapa tadi, then dia cakap "sorry, tudung aku tak jadi, aku bad mood, tak sengaja terjeling". Aku taktau nak gelak ke apa masa tu, haha. Dan kebetulan, satu course juga. So perkenalkan, inilah Siti Nur Haneey Rosli. Little did I know, this one become on of my bestfriend dekat UMK, until now.
p/s : Ada lagi aku rapat naa, haha tapi Haneey & Hidir paling rapat. (1st sem tak rapat sgt dengan Hidir, 2nd sem baru kepit)
Ni la budak jeling tu hahaha.
p/s : Ada lagi aku rapat naa, haha tapi Haneey & Hidir paling rapat. (1st sem tak rapat sgt dengan Hidir, 2nd sem baru kepit)
Sebilik 4 orang, bilik dia kau mesti tersenyum keriangan. Sempit nok. Haha. Ni dulu lahh zaman 2014 (sebelum Taman Pinggiran ada). Kalau nak makan 4 orang dalam tu, tak boleh duk bawah, salah sorang kena duk atas katil. Hahaha. Ruang muat nak berjalan dan solat je. Its okay, kampus masih baru.
Roomate i, Kak Meera takde.
Okay, orientation time. Orientasi diadakan dekat Astaka. Sekarang tapak astaka dah ganti dengan Dewan Besar. Masa tu kan KemKom kami, Abg Hariz, garang gilaaaaaa. Kalau dia naik atas stage, semua orang diam tunduk bawah, punya takut dekat dia. Aura dia masyaAllah. Takdak sapa berani tengok atas. Even dengan fasi-fasi lain, kami takut. Tak berani nak tegur, takut kena marah. Haha. Aku ingat lagi dia marah malam tu "KENAPA BANYAK SANGAT BARANG KAMU SEMUA TERTINGGAL NI, MACAM MANA NAK JADI MAHASISWA/I YANG BERJAYA KALAU TAK ADA RASA BERTANGGUNGJAWAB".
My group untuk persembahan malam tu
Malam last orientasi
Masa orientasi tu dibawa la melawat ke semua tempat. Time tu Masjid UMK baru siap. Batch kami 1st rasmi. Hehe. Tapi time tu bukan jalan tar macam sekarang, tanah merah lagi. Hihi. Then masa tu kan dapat juga baju korporat warna merah. Masa tu rasa macam eh bestla study sini, sebab kecik, tak payah jalan jauh. XD
Inilah baju korporat merah ituuu.
Ni jalan nak ke masjid dulu
Subuh biasalah :/
Setiap student ada tag nama dia.
Excited nampak bas nama uni. Impian tercapai gitu masuk uni.
Hari last orientasi, ada persembahan kebudayaan, wah hatiku berkobar kobar rasa. Nak join, tapi teringat kisah lampau, rasa serik sikit. So tahan la masa tu. Tapi nakkk sangat sangat join. Ada pulak sorang kakak tu memang betul betul I suka tengok. Nnt I reveal nama dia. Haha. Sebab dah memang menari kan. Tahankan kejap hasrat tu. Then malam last tu, penutup, Abg Hariz minta maaf dekat semua, terus popular dia malam tu. Haha. He indeed the soft spoken guy ever. Sangat baik, sangat lemah lembut. Dia cakap "masa saya jadi kemkom tu, tak rela rasanya menuturkan perkataan aku". Hihihi.
Ni la Abg Hariz
Yg kiri kakak cantik tu :P
Ambik gambaq kenangan satttt. Poyo
So dah habis la orientasi, maka bermulalah kehidupan yang rasmi sebagai pelajar UMK. Till then
Xoxo,
Fqa~
Xoxo,
Fqa~