19 April 2020

2014 : Semester 1 UMK

Hye ! Assalamualaikum.

Okay jom sambung to 1st Semester dekat UMK. So as my post before, aku ada inform aku dapat course Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi BioIndustri) kan, nama singkatan ialah SBT. Dalam semua course kat Jeli ni, SBT paling ramai. 79 kalau tak silap aku. Kalau yang lain mostly bawah 60. Tapi malas nak cerita panjang sini, korang tengoklah gambar ye.

Say hello to SBT 14/18 :)

Hehehe hello





Masa ni jugak, aku rapat dengan KakYash & KekNis. Then of course, try to make friends. Hehe. Haa masa tu jugak, senior pesan, pergilah agropark, situ best. Excited la junior-junior pi. Nak berkawan dengan kambing. Mbekk.







Masa Disember 2014 jugak, kalau korang ingat banjir besar melanda Kelantan. Teruk sangat banjir time tu. Jeli tak kena, kawasan keliling Jeli kena, kami jadi macam pulau masa tu, takdan jalan keluar masuk tapi alhamdulillah, kampus memang tak naik air (just dekat cafe, laluan IBS & parking air naik, then surut balik). But masa tu memang teruk, kami stranded almost 3-4 hari. Masa MPP announce boleh balik, terus jadi macam pelarian I tell you. Exam semua batal.

Cafe

Laluan IBS

Aku bagi link link korang boleh baca, teruk weh tahun ni. UMK PC air naik dekat takat leher. Link 1Link 2Link 3Link 4 & Laporan Banjir 2014. Kalau nak baca lagi, korang search je Banjir Kelantan 2014.

Pakat lari balik, ada yang tahan kereta tepi jalan, haha. Memori betul. Then me & my friends naik dengan Uncle ni dia cilok2 ke Terengganu. Tapi mcm aku cakap, air naik. So kena redah jugak, tapi doa janganla hilux ni rosak. Nak balik ke Utara tak boleh masa tu. Sebab tanah runtuh dekat Gerik. KB memang tak boleh masuk terus. So Uncle ni lalu Jerteh tak silap. Then kami masuk paper, sebab terkandas dekat stesen bas Terengganu. Why? Bas terpaksa patah balik. Air naik mendadak.

Aku tumpang rumah makcik dekat Terengganu, dengan kawan kawan aku. Bawa dorang sekali. Dalam 2-3 days, alhamdulillah masa tu baru boleh balik. Masa kena tu memang risau sangat, survivor weh. Elektrik takde, network takde, stesen minyak tutup, ATM down, air takde, makanan pun mujur makcik cafe tolong masak. Kami mandi tadah air hujan. Sebab musim hujan masa tu. Hihihi. Tadah dalam payung/baldi, then tuang dalam botol. Catu lah. Share2. Hahaha. Bila teringat, tersenyum ingat kenangan tu. Sebab jadi kenangan manis untuk kami.

Laporan tanah runtuh dekat Gerik

Tanah runtuh laluan nak ke Pinggiran 

Jambatan Tanah Merah-Machang

Hehe. Nanti aku sambung lagi okayy ~

Xoxo,
Fqa~