#post ini memang agak panjang, satu sem kau.
Lamanya tak menaip, rindu. Rindu nk membebel kat sini macam dulu. But I've deleted semua post lama, just start a new one. Except the memory masa dekat SGGS. Hee. So back to the topic. Just nak share my life dekat KMNS ni for one sem. Teringat dulu punya takmau masuk KMNS, sebab dpt tawaran pi Kolej Mara Kuala Nerang (KMKN), punya nak masuk KMKN uolls. But Mummy says no. Muncung panjang boleh ikat pun, jawapan tetap no. So, I dgn berat hati masuk KMNS. Well, alhamdulillah, msuk sini aku happy. Happy sangat. Allah permudahkan everything. Dapat kawan-kawan yang baik, praktikum yang sekepala, lecturer yang baik hati, suasana yang best, pendek kata best sangat la. Tak rugi masuk. Hee alhamdulillah. Tu orang cakap, jangan benci, nanti jatuh sayang :* And yang best dapat sekali with my baby boo, si Afa Hisham. Haha
Okay pejam celik pejam celik, dah habis satu sem. Memang tak sangka, cepat sangat masa berlalu. Ingat lagi time minggu orientasi dah macam kambing gurun pun ada. Dengan baju yang sama je pakai, tudung tiap tiap hari sama. Mak oii sabar ajelah. Mujur jugak basuh tudung sidai esok pagi dh kering. Tak la bau macam kambing sangat kan?
Wih Afa time orientasi. Muka meroyan lagu tu la. Tudung aku senget dalam kad matrik tu. CISSSS !!!!!
Sebelum masuk KMNS I decided nak tukar course ke account. Sebab takut gila nak carry Chemistry. Aku Chemistry dari form 4 tak boleh carry. Apalah dosa aku kat dia. Ni bukan Chemistry but Kill-Me-Stry instead. -___- Jenuh mentor & friends pujuk jangan jangan and so on, and lastly. I stick. But my bother said Chem-Is-Try. So, I try. InshaAllah dengan harapan boleh carry. Boleh kehape, until now merangkak. Huwaaa ;'( So, teruskan with science course, modul 3, saya tak ambil Physics (aku lebih rela ambil Bio n Phys masalahnya tak dak).
With my practicum, S3CP5, kami sama-sama menggila bersama, berduka lara bersama, menyanyi bergambar semua bersama. Apapun practicum aku sangat kuat bergambar. ^-^ Alhamdulillah, aku dapat practicum yang easy going, ceria, kecoh, and semuanya lah. Diterajui oleh Nasim dan dibantu oleh Fizah, pendek kata, kami satu family. Susah senang bersama. Ko dapat markah rendah, aku pun sama hahahah ! K over. 3 lelaki and 21 perempuan, memang gamaknya lelaki kena buli.
I love them. :) Fizah and Alyn dah keluar. Sedih sangat. Tapi apa nak buat, cita-cita harus dikejar. Kami doakan yang terbaik untuk korang. Jadi lawyer yang berjaya ! Selalu rindu kami tau. Haha. Oh dalam practicum boleh kata aku paling rapat dengan minah ni, memang ngam dengan dia.
Sayang ko Lailaa. :3
Cerita tentang kuliah, well S3C pun lebih kurang my practicum. Kitarang kuliah kecil, ada 5 practicum, 119 total :) Perangai masih sama, kuat bergambar. Sementara tunggu cikgu masuk pun sempat. :P
Kalau dalam kuliah, aku rapat dengan dua orang sekmek Kelantan ni. Hehekk. Jajash n Bhah :) Satu blok dengan dorang pulak. Ngee~
So, we move to blok. Aku dapat blok tuan puteri, blok atas bukit. C3 hehe. And I still can't understand. Why everytime aku masuk hostel, mesti dapat aras 4. Form 3 aras 4, form 4 pun aras 4, aii masuk matrik pun aras 4 jugak?! Apalahh nasib. Untung juga masa mula mula masuk ada van hantarkan BEG, if takdak, tercabut lutut.
Tolong. Maafkan kami. Alhamdulillah, dapat roomates yang sekepala, satu aras pun sekepala. Haha. Boleh kata aras aku paling bising. Memang best duk dengan dorang. No homesick at all. Sebab memang best dengan dorang, dengan kawan-kawan lain lagi. Syukur sangat sangat. :D
Dapat sini bukan aku dengan Afa, ramai la juga Georgian masuk. Lebih dpd satu pun ramai dopp?
Ada lagi benaqnya.
About 4 months after masuk KMNS, well I found this guy. Syakir. Oh no not my boyfriend. So, start kenal dia, join grop dorang. Study group sekali, main sekali and so on. Well, friendship never ends. ^-^ Perangai pun lebih kurang je semua. Ko usik aku, aku usik ko. Biasalah. Dh macam siblings.
And masuk sana, aku dapat twins. Budak budak ni la cakap, muka kitarang sama. Puas aku belek, aku taktau kat mana yang sama ~.~ Mar
Kalau cerita pasal aktiviti yang ada sepanjang sem 1, ada la Larian KAKOM, SIPMA, Malam Semarak Kasih, Jamuan Raya Mentor Mantee, Malam Ambang Merdeka and so on. Gambar2 aktiviti aku selit selit kat atas tu hee.
Kalau nak cerita pasal kawan-kawan lain, memang ramai. Kawan kawan yang ada tika jatuh and bangunnya aku. Let me introduce you to them. Certain je la ea? Huu sorry :)
Well, walaupun kawan datang silih berganti, si cantik ni masih menjadi buah hati pengarang jantung aku. Haha as usual. I love you Afa. :)
Done~ Aku cuba untuk mengurangkan kapasiti hehehee. Of course menarik perhatian gambar je, I know gagaga XD Apapun PSPM 1 dh tamat, inshaAllah, kita semua akan dapat result yang baik, yang cemerlang, yang bagus, poniter tinggi melangit inshaAllah. Ameen Ameen Ameen. Kalau ada rezeki, panjang umur, kita jumpa di sem 2. Bergembira and tingkatkan usaha lagi untuk sem 2. Maal Hijrah kan today? Mari mari sama-sama tingkatkan usaha untuk jadi yang lebih baik. :3 *alaa orang takut la kalau pointer tak lepas -.-
Baru berapa hari cuti, aku dah rindu dorang. Ye lah, balik rumah pun jarang, habiskan masa dengan dorang je. Duk matrik merengek nak balik rumah, dah balik rumah, teringat matrik pula. Haihh haha. Korang jaga diri. Sayang korang sangat sangat ^^ Thanks for everything :D
p/s : kalau gambar ada yg buruk tu minta maaf la eh? Just sharing this precious moments together. :D
~Alhamdulillah, Ya Rabb~