Fqa is back, for good. Dah baca belum sini? Aku ada tulis something about me and how I nak recap balik my blog dari Jun 2014. So every tajuk nanti kan ada year depan tu, macam tajuk ni, so you will know bila tahun itu berlaku. So we start dengan betul2 lepas habis matrik. Kalau belum baca my last post dekat KMNS, boleh click sini. Untuk adik adik yang dpt KMNS soon, boleh la baca. <3
Okay, after habis matrik, of course, target untuk degree kan. Dulu time isi UPU, ada 8 pilihan. USM lain (tak termasuk dalam tu). So masa isitu, honestly taktahu nak isi apa. Nak jadi doctor, result tak mengizinkan. Honestly, memang tak tahu la nak isi apa. Yang aku tahu masa tu aku minat Biology (sekarang menyesal kenapa tak ambil Accounting/Business). Cinta mati dekat Bio. Hahaha. Then sbb minat bio, aku isi dlm tu Biotechnology (mana mana universiti ada Biotech aku isi je). Ada juga aku isi Business Admin sebab mama suruh, tapi that time orang2 luar cakap kalau ambil dekat matrik Sains, laluan ke degree pun better science. So, aku isi satu ja tak mahu membazir kan.
Fast forward, result UPU keluar. Aku dapat dekat Universiti Malaysia Kelantan (Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi BioIndustri). I was like. UMK ni apa? (Masa ni UMK quite baru lg). UKM ke ni tapi terbalik. Huhuhu. Perasan dpt UKM. So Google punya Google, ohh UMK ni baru ditubuhkan (masa tu), and aku dpt Kampus Jeli. Kampus Jeli memang depa khas untuk student aliran sains. Tapi, seronok jugak masa tu, sebab balik kampung (Mama org Kelantan). So I was like, okayyy. Basically course aku untuk 4 tahun, dari 2014-2018.
Yang seronok, aku dapat course aku minta, sebab masa tu kecoh sangat ramai dapat course lelong. Course lelong tu macam kita tak minta, tapi kita dapat. Ha macam tu. So dh dpt UMK. Aku pun tekan yes dan terima segala surat tawaran.
Tapi yang aku tak boleh lupa, yuran dia :') Masa tu first semester dekat RM3K. Haha. Then lepas tu setiap semester 2K something. Gelak je la huhuhuhu kenapa mahal sangat huhuhu. So, dah tekan terima, kita say goodluck to myself dan marilah masuk UMK. Okayy stop sampai sini, nanti aku sambung ye.
UMK cakap welcome, enjoy your 4 years.