21 April 2020

Say Hello to Callalillies MY

Hello everyone ! Harini aku nak cakap pasal my precious bridal florist shop. Aku buat online dekat Instagram. Boleh visit Callalillies ye. Calla ni start last year, Januari 2019. Before that masa birthday Mama, aku saja buat bouquet untuk dia guna artificial flower, and that time ramai kawan cakap cantik. And like my mum aku suka bunga-bunga ni. Cantikk sangat nampak. Masa buat kat Mama tu 2016-2017 kalau tak silap, masa tu aku dekat UMK.

Then bila kawan-kawn puji, Haneey suggest try la jual. But at that time aku tak yakin lagi sebab kalau korang scroll IG kan ramai sangat dah jual, so macam rasa tak motivated. More to takut sebenarnya. Fast forward masa awal tahun Januari 2019 tu, aku bagitau mama, nak buat bridal bouquet la, tapi nk guna artificial je, senang sikit. Then mama cakap, try la buat. Mama bagi modal dekat aku, and aku pergi beli apa yang patut. Then create logo and wallahhh. Callalillies MY is here.

After that, try promote dekat IG, dekat FB, dekat Twitter. Niat aku just nak bagi bride cantik-cantik masa big day dorang, pegang bunga lawa and jadi queen of the day. Tapi I know, nak prepare majlis kahwin ni menelan belanja besar, so aku usaha untuk bagi wallet friendly price untuk bride-to-be. Aku ikut budget dorang letak and aku advise based on apa dorang nak. Jujur masih belajar. Even until now.

Alhamdulillah, aku dapat 1st customer, masa tu seronok sangat. First time la katakan. Dia minta nak roses bouquet with baby breath. Masa tu aku cuak sebab takut tak boleh deliver apa dia nak, and aku apologize awal-awal sebab aku cakap saya baru belajar ni. And she's so warm-hearted, dia kata "takpe, awak boleh belajar slow-slow". I was so happy sebab 1st customer encourage macam tu. So inilah hasilnya, I was quite happy back then but I know there is a lot that I have to improve. Thank you Atiqah for trusting me.

Dia cakap baju dia warna baby blue bak princess (kembang tu kan), then dia request warna pastel untuk match dengan baju baby blue tu. Aku suggest roses white & cream sebab both warna ni blend very well and penyelamat warna. Keliling roses ni aku letak baby breath macam bride request untuk naikkan seri bouquet pastel ni. Sebab ada bride tak gemar pegang bouquet yang bold, better warna penyelamat untuk match with everything. So inilah hasilnya, my 1st bridal handbouquet. Hehe




Bermula daripada Atiqah, slow-slow aku receive more order. Korang kalau nak order bouquet untuk big day, kindly contact me okay. Till then, take care ! 
Xoxo,
Fqa~

20 April 2020

Review : Beautyra Born To Blush Blusher & Beautyra Lip Dessert

Assalamualaikum guys. Hello~

Harini I nak buat review local brand Malaysia. Korang mesti pernah dengar pasal Beautyra kan? Blusher yang viral laris in 4 minute tu? Yes yang cantik tu. Born To Blush. Okay honestly, bila founder dia, Tyra Kamaruzzaman promote & buat swatch, I was like, oh yes I want that Feline blusher. I just so in love with that terracotta colour. At that time ada jual bundle 3 RM100 so marilah kita mengajak member sama-sama. And taraahhh. We got it !

Tadaaa. We got our blushers !

Picture from Beautyra OS

Bila I swatch sendiri, I macam YES, this is so me. The colour just so nice. Its like so warm tapi berseri. Dan pigmented tau. So for a local brand, honestly it was so good. But do expect fall out okayy? Packaging dia comel. Ada gambar meow gitu. And kalau u guys pernah guna Colourpop palette, ha palette dia lebih kurang macam tu. I'm not a fan of that palette sbb the colours akan lekat tapi takpe boleh je wipe balik.

This is Feline.


Here I drop my picture with that Feline blusher.


Then, sebab I in love sangat with Feline (my fav blusher for now), I purchased another one. Mermaid ! Mermaid ni warna dia macam orange peachy like that. But its a cute colour. Sama macam Feline, pigmented ! Try to build up the colour, jangan terus letak in huge amount that. Memang wow sangat rupaa dia haha. The colour suit you better bila you have a sweet day macam tu hehe. Cumanya I prefer Feline better hehe. Here's one with Mermaid.
Mermaid ! Picture from Beautyra OS

Tak berapa nampak, but on my cheeks dia macam soft orange.

Next is Beautyra Lip Dessert. Bila I dh try blusher dia and I'm so in love, next wajiblah grab Lip Dessert pulak hehe. So I got in Salted Caramel and Chocolate Fudge. The Strawberry Cheesecake ni kawan I punya hehe (mangsa yang sama masa beli blusher :P).

Got it !

 Swatches. Picture from Beautyra OS.

Okay bila I try lip dessert dia I macam sedapnya bauuuuu rasa naaaak maaaaakan. Haha. Bau dia memang sangat best ! Salted Caramel bau mcm Salted Caramel and Chocolate Fudge bau macam Choc ! Tekstur dia sangat sangat ringan. Although dia lipmatte tapi tak rasa kering dekat bibir. So lightweight. And dia glide easily on your lips, one glide dah enough for me sebab colour dia pekat. Ada orang tanya kiss proof tak? Well, for me I suka this kind of lipmatte, dia tak kering, so basically memang akan melekat tapi tak banyak.

Picture from Beautyra OS.

Look at that lip colour ! My fav Salted Caramel.

Then after that, yang I sukaaa, bila you nak repair balik after makan, dia tak akan jadi crumble tau. Get what I mean? Dia tak jadi crumble and cakey macam tu. Dia still nampak smooth and soft. And tahan for entire day (unless for makan/minum akan ada sikit kurang). My fav of course Salted Caramel. Chocolate Fudge I jarang pakai sebab it's too brown for me. So I tak favor sangat. Hehe.

Picture from Beautyra OS.

This one Choc Fudge. I letak sikit je bcz like I said, its too brown for me. But it's a nice colour !

So thats all for this post. If you guys nak try local brand. Please buy this. Boleh search dekat Shopee, Beautyra OS. But remember, selalu sold out tau. Haha. Korang kena cepat. Affordable & worth it. Sangat sangat worth it. Till next time.

Xoxo,
Fqa~

p/s : This is not Paid Review. I bought using my own money. Thank You.

19 April 2020

2015 : Back to UMK

Hello Assalamualaikum.

Back to UMK. Alhamdulillah survived from the flood ! Masuk je Sem 2, terus semua kena qadha final exam. Hehek. Ingat lagi aku bagitahu masa orientasi, aku nak sangat join kebudayaan. So I did ! Join Sanggar Tari (sekarang Le' Waris). I feel alive. Haha sebab aku nak exercise kan, aku bukan jenis jogging tu, aku prefer menari. Tapi kalau lari boleh (zaman sekolah rendah la tapi sekarang badan berat) Hahaha. Kalau jogging, merentas desa, sadaqallahulazim. Memang tergolek kt belakang.

So first time join ni Ya Allah bestnya. Senior senior semua baik. Masa tu, happy sebab boleh kenal dengan Kak Amal (aku pernah bagitau dalam post awall haritu haha ). Sebab since orientasi, aku suka gila tengok dia. Cantik & lembut gila menari. Haha. Yang bestnya, baru join dah dapat buat show. Tapi tu la, aku still kekok. First show kan dah macam terlompat sebab excited. Tengok lah sini, korang jangan gelak. Haha. Aku bila tengok balik betapa dahsyatnya aku excited on stage tu. Click sini.



Then, Sanggar Tari buat show besar besaran sempena BAKSIS. Masa tu memang semua terlibat dengan show. Aku lupa maksud BAKSIS tu apa. -___- Ni ha, boleh tengok video kat sini okayy.





Ni lagi show masa Sem 2. 



Masa Sem 2 jugak kami ada Sukan Kampus (SUKAM), dia macam selalu batch 1st year la join perbarisan SUKAM ni. Senior2 kasi chance gitu. So SBT warna biru, kami masa tu gabung Frozen (Let It Go) dengan remix few songs untuk menari. Boleh click link ni. Then Sanggar Tari buat performance Uptown Funk (here) & the tradisi yall. Flashmob dengan semua orang. Boleh click sini. The best SUKAM ever ! Aku dapat menari makin syok la, tak ingat diri dah. Hahaha.






Then time ni jugak dapat pergi Eksplorasi Seni Budaya bersama Orang Asli dekat Gua Musang. Seronok weh, first time kan. Aku pergi dengan Kelab Kebudayaan. Habis program tu, macam arang muka. Sigh. Tapi best, belajar buat alat muzik daripada bahan-bahan semulajadi, berkenalan dengan orang asli, ajar anak2 orang asli, persembahan kebudayaan (paling syok) & rasa makanan orang asli. Ada few aktiviti lagi, tapi ni ja aku ingat. Nahh boleh tengok gambar gambar ek. Oh ya, perkampungan orang asli kan kat dalam hutan, so kami naik lori tahu. MasyaAllah jalan dia. Tak mampu buka mata dek, mual terus. Memang baring je. Geng lelaki kesian, diesel tertumpah, makanya kami dapat melihat mereka mabuk terus. Sampai je kat perkampungan, semua tumbang. Haha.












Next yang aku ingat, batch mate bagi surprise untuk birthday. Honestly aku tak pernah dapat surprise birthday, sebab birthday bulan June (so selalu cuti sekolah). Then first time dapat, pergh seronok tak payah cakap. Pandai na plan. Haha. Thank you kawan kawan. It's one of the most precious memory ever. ^^ Then ingat habis takat tu, malam tu roomate pulak buat surprise, alalala thank youuu. Teringat sampai sekarang sebab first time disambut giteww. Haha

Dekat KB Mall, sebab time ni takdak Aeon KB lagi.

Filter #B612. Popular dulu lani dah uninstall hahaha.

Thank you Haneey & Tira !

Syokkk tak sangka.

Then time sem 2 juga ada dibuka untuk jadi fasi bagi 3M(utk next batch), so aku try minta. Sebab aku kan suka benda benda ni. Hahaha. Alhamdulillah dapat yeay. Dapat sekali dengan my bestie, Hidir & Haneey. Yang ni nanti next post aku cerita okie.

Bagi teaser sikit, odw nk p kem kat Kedah.

Tata~

2014 : Semester 1 UMK

Hye ! Assalamualaikum.

Okay jom sambung to 1st Semester dekat UMK. So as my post before, aku ada inform aku dapat course Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi BioIndustri) kan, nama singkatan ialah SBT. Dalam semua course kat Jeli ni, SBT paling ramai. 79 kalau tak silap aku. Kalau yang lain mostly bawah 60. Tapi malas nak cerita panjang sini, korang tengoklah gambar ye.

Say hello to SBT 14/18 :)

Hehehe hello





Masa ni jugak, aku rapat dengan KakYash & KekNis. Then of course, try to make friends. Hehe. Haa masa tu jugak, senior pesan, pergilah agropark, situ best. Excited la junior-junior pi. Nak berkawan dengan kambing. Mbekk.







Masa Disember 2014 jugak, kalau korang ingat banjir besar melanda Kelantan. Teruk sangat banjir time tu. Jeli tak kena, kawasan keliling Jeli kena, kami jadi macam pulau masa tu, takdan jalan keluar masuk tapi alhamdulillah, kampus memang tak naik air (just dekat cafe, laluan IBS & parking air naik, then surut balik). But masa tu memang teruk, kami stranded almost 3-4 hari. Masa MPP announce boleh balik, terus jadi macam pelarian I tell you. Exam semua batal.

Cafe

Laluan IBS

Aku bagi link link korang boleh baca, teruk weh tahun ni. UMK PC air naik dekat takat leher. Link 1Link 2Link 3Link 4 & Laporan Banjir 2014. Kalau nak baca lagi, korang search je Banjir Kelantan 2014.

Pakat lari balik, ada yang tahan kereta tepi jalan, haha. Memori betul. Then me & my friends naik dengan Uncle ni dia cilok2 ke Terengganu. Tapi mcm aku cakap, air naik. So kena redah jugak, tapi doa janganla hilux ni rosak. Nak balik ke Utara tak boleh masa tu. Sebab tanah runtuh dekat Gerik. KB memang tak boleh masuk terus. So Uncle ni lalu Jerteh tak silap. Then kami masuk paper, sebab terkandas dekat stesen bas Terengganu. Why? Bas terpaksa patah balik. Air naik mendadak.

Aku tumpang rumah makcik dekat Terengganu, dengan kawan kawan aku. Bawa dorang sekali. Dalam 2-3 days, alhamdulillah masa tu baru boleh balik. Masa kena tu memang risau sangat, survivor weh. Elektrik takde, network takde, stesen minyak tutup, ATM down, air takde, makanan pun mujur makcik cafe tolong masak. Kami mandi tadah air hujan. Sebab musim hujan masa tu. Hihihi. Tadah dalam payung/baldi, then tuang dalam botol. Catu lah. Share2. Hahaha. Bila teringat, tersenyum ingat kenangan tu. Sebab jadi kenangan manis untuk kami.

Laporan tanah runtuh dekat Gerik

Tanah runtuh laluan nak ke Pinggiran 

Jambatan Tanah Merah-Machang

Hehe. Nanti aku sambung lagi okayy ~

Xoxo,
Fqa~